Tuesday, July 28, 2009

LDP Guru SK Selama Penggunaan Smart Board

Semua Guru SK Selama terlibat dalam LDP tentang penggunaan Smart Board di dalam P&P. LDP diadakan mengikut kumpulan yang terdiri daripada 8-10 orang bagi setiap kumpulan.




Taklimat Score A

Taklimat sistem Score A secara online.




Tuesday, July 21, 2009

Kursus ICT Guru-Guru Pendidikan Islam Zon Selama


Kursus ICT ini diadakan pada 7, 14 dan 21 Julai 2009, bermula 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Seramai 90 orang guru Pendidikan Islam Zon Selama mengambil bahagian. Ia dibahagikan kepada 3 kumpulan yang di wakili seramai 26 orang bagi setiap kumpulan. Setiap Kursus akan diadakan pada hari Selasa sepanjang bulan Julai bermula 7,14 dan 21 Julai 2009. Objektif utama panitia Pendidikan Islam menjalankan kursus ini adalah meningkatkan tahap penguasaan Guru-guru Pendidikan Islam dalam Teknologi ICT.




Nur Fadly Hadi
Pengenalan Internet
Search Engine
Pengenalan Email
Yahoo
Google

En Mohd Azlan
Microsoft Office Excel

Monday, July 20, 2009

Lukisan Menggunakan Komputer (Ms Paint)

Pelajar Darjah 4 Bestari dalam matapelajaran Pendidikan Seni, seramai 20 orang di bantu seorang cikgu (Pn Cheang) bagi melancarkan pembelajaran menggunakan komputer.


Monday, July 13, 2009

Ujian Matematik (Tutor Utusan Malaysia)

Pelajar 6C seramai 48 bersama guru (Pn Haslina) membuat ujian matematik menggunakan tutor online.




Friday, July 10, 2009

Kelas Untuk Pelajar Bermasalah

Seramai 20 org pelajar SK Selama yg mengalami masalah dalam pelajaran telah di beri pendedahan mengenai matapelajaran yang lemah, tumpukan kepada matapelajaran tersebut bahagi mengikut subjek yang lemah. Program ini dengan kerjasama cITaKU Labs SK Selama dan Guru Bimbingan & Kaunseling SK Selama.


Thursday, July 9, 2009

Bulan ICT Negeri Perak Darul Ridzuan

Sambutan Bulan ICT Negeri Perak bermula 15 Jun - 15 Julai 2009. Semua Sekolah di negeri Perak menyertai sambutan ini. Beberapa sekolah di setiap daerah di pilih untuk menyertai Pertandingan ICT Anak-Anak Perak. Di peringakat sekolah pula cITaKU Labs SK Selama menjalan pertandingan Kenal Faham Komputer kepada Guru dan Pelajar.

Pertandingan ICT Anak-Anak Perak

Kenal Faham Komputer cITaKU Labs



Kelas Kenal Faham Komputer

Kelas Kenal Faham Komputer diakan sepanjang bulan ICT bagi negeri Perak ia bermula 15 Jun 2009 hingga 15 Julai 2009. Kempen ini diakan sempena kerajaan negeri Perak mahukan seluruh warganya celik IT dan tahu menggunakannya dengan cara yang betul.

Tuesday, July 7, 2009

Latihan Pertandingan ICT (Bulan ICT 2009)


Seramai 11 orang pelajar tahap 1 (Darjah 3) dipilih menyertai pertandingan ICT menggunakan Microsoft Office Word 2003. Pelajar ini terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009. Latihan ini di kendali oleh Guru ICTL Pn Norayusmi.






Thursday, July 2, 2009

Taklimat Emis Sekolah-Sekolah Zon Selama dari PPD Larut Matang dan Selama

Pada 2 Julai 2009, satu taklimat khas mengenai Sistem Emis Online (Data Sekolah) telah di langsungkan dari cITaKU Labs Sk Selama. Taklimat bermula jam 9.00 pagi berakhir jam 12.30 tengah hari. Seramai 40 orang Guru Data sekolah Zon Selama meyambil bahagian. Taklimat ini di kendali oleh En Md Jani dari Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama.