Thursday, August 13, 2009

Pertandingan Melukis dan Mewarna Menggunakan MS Paint.








Pertandingan melukis dan mewarna menggunakan MS Paint anjuran PPD Larut Matang Selama, Sk Selama Jalan Menteri dan cITaKU Lab peringkat sekolah. Pertandingan ini berlangsung selama 1 hari pada 12 Ogos 2009. Petandingan ini menitik beratkan cara penggunaan mouse dan tools bagi pelajar tahap 1 (darjah 1,2 dan 3). Seramai 30 orang menyertai program ini dan 2 terbaik di plih mewakili sekolah di peringkat Daerah Larut Matang Selama.


2 lukisan terbaik yang dipilih ialah:

Tuesday, August 4, 2009

Cadangan Program Cuti Sekolah

Cadangan Program cITaKU IT Camp 2009 Fasa 2
Cuti Sekolah : 22 Ogos - 30 Ogos 2009

Pra Sekolah
Masa : 1 hari (9.00 pagi - 12 Tgh Hari)

Subjek:
Kenal Faham Komputer
Pengenalan
- CPU
- Monitor / LCD
- Keyboard
- Mouse
- Alatan yang ada kat cITaKU Labs.


Tahap 1 (Darjah 1-3)
Masa : 1 Hari 2 Sesi (9.00 pagi-12 Tgh hari & 3.00 Ptg - 6.00Ptg)

Subjek:
(1) Kenal Faham Komputer
Pengenalan
- CPU
- Monitor / LCD
- Keyboard
- Mouse
- Alatan yang ada kat cITaKU Labs.

(2) Asas Microsoft Office 2003
Pengenalan
- Microsoft Office Word
- Microsoft Office Power Point


Tahap 2 (Darjah 4-5)
Masa : 2 Hari 2 Sesi (9.00 pagi-12 Tgh hari & 3.00 Ptg - 6.00Ptg)

Subjek:
(1) Asas Microsoft Office 2003
Pengenalan
- Microsoft Office Word
- Microsoft Office Power Point

(2) Movie Maker


Tahap 2 (Darjah 6)
Masa : 1 Hari 2 Sesi (9.00 pagi-12 Tgh hari & 3.00 Ptg - 6.00Ptg)

Subjek:
(1) Create Gmaill & Blog
(2) Movie Maker

Penjelasan/ Relevan Program:

Untuk Pra Sekolah semua pelajar terlibat, untuk tahap 1 (Darjah 1-3) terbuka kepada 60 orang sahaja, tahap 2 (Darjah 4 -5) terbuka kepada 120 orang sahaja dan Tahap 2 (Darjah 6) terbuka kerpada 60 orang sahaja.

Pra sekolah libatkan semua sebab tidak ramai, kalau ramai buat 2 sesi pagi dan petang, Untuk Tahap 1 (Darjah 1-3) 1 hari 60 orang buat 2 sesi (setiap sesi 30 orang), Tahap 2 (Darjah 4-5) 2 hari (1 hari 2 sesi, setiap sesi 30 orang) dan Tahap 2 (Darjah 6) 1 hari 2 sesi (setiap sesi 30 orang)

Darjah 6 perlu terlibat kerana mereka juga perlukan masa untuk rehat dan bukan sepenuhnya tumpu untuk belajar.

Program berdasarkan persetujuan daripada pihak sekolah dahulu bagi mendapat kebenaran untuk laksanakan program.


Yang Benar,
Fadly Hadi
IT Facilitator,
cITaKU Labs SK Selama, Jalan Menteri,
Selama, Perak.